Inisiatif

Peristiwa
26/2/24

Konvensyen Mahasiswa Selangor Nasional

Saya bersama-sama dengan 200 wakil pimpinan mahasiswa Selangor dari 16 Universiti Awam di seluruh negara dalam Konvensyen Mahasiswa Selangor Nasional yang berlangsung di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.

Ini nyata satu permulaan yang sangat baik dan Selangor merupakan negeri pertama yang menganjurkan konvensyen seumpama ini di mana ia sebagai medium perbincangan untuk mahasiswa memberi cadangan atau buah fikiran kepada Kerajaan Negeri.

Tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS) Nasional serta Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor yang menjayakan konvensyen ini. Watikah rasmi turut saya sampaikan kepada kesemua wakil PERMAS di Universiti-universiti Awam untuk mereka bergerak secara rasmi dengan koordinasi langsung Kerajaan Negeri Selangor.

Bagi merancakkan lagi penganjuran program-program di universiti, saya turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada PERMAS Nasional.

Besar harapan saya agar semua Universiti Awam di Malaysia dapat memberikan kerjasama untuk PERMAS beraktivisme melalui budaya intelektualisme aras baharu, yang bukan semata-mata persatuan anak negeri yang kosong tanpa agenda.

Insya-Allah, siri Konvensyen Mahasiswa Timur Tengah juga akan diteruskan dan kerajaan negeri akan turut mengenalpasti kelompok mahasiswa di negara-negara lain seperti Indonesia yang perlu disantuni dari segi kebajikan dan peluang untuk mereka berkomunikasi secara terus dengan kepimpinan Negeri Selangor.

Semoga budaya aktivisme dan intelektualisme ini diterjemahkan dalam kerangka yang lebih besar kelak untuk golongan muda turut sama menyumbang dalam agenda membangun Selangor dengan penuh semangat kekitaan dan kesepaduan.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.