Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024
Saya hadir di Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Kongres yang berlangsung selama tiga hari ini menggariskan lebih 80 resolusi sebagai panduan bagi melaksanakan agenda pemerkasaan Bumiputera menerusi sesi libat urus yang dikendalikan sepanjang kongres berlangsung.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menggariskan tiga isbat bagi mendukung aspirasi yang diutarakan melibatkan usaha memperkukuh pasak ekonomi negara, memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi serta menegakkan keadilan sosial selain 8 keputusan penting bagi mengangkat martabat dan darjat golongan Bumiputera di Malaysia.
Semoga semua usaha yang telah dirangka ini mencapai objektif dan keberhasilan demi mensejahterakan masyarakat.