Inisiatif

Peristiwa
25/9/24
Isu
KDNK
Selangor

Klang, PJ, Shah Alam, dan Subang Jaya Bersatu! Metropolis Terbesar Malaysia Kini Dalam Pembikinan!

Metropolis Lembah Klang Raya: Menyatukan Empat Bandar Utama Selangor Menuju Masa Depan Yang Gemilang

Selaras dengan pengumuman tempoh hari, Klang, Petaling Jaya, Shah Alam, dan Subang Jaya bakal menggunakan satu garis panduan bersepadu untuk menjadi Metropolis Lembah Klang Raya. Empat bandaraya ini akan diperkemas dan diseragamkan dari segi pelaksanaan undang-undang dan peraturan, menjadikannya metropolis pertama di Malaysia yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perniagaan, perdagangan, serta perindustrian berteknologi tinggi.

Projek mega ini diumumkan menerusi Belanjawan 2024, dengan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk menggabungkan keempat-empat bandaraya. Melalui penubuhan Mesyuarat Jawatankuasa Penyeragaman di bawah Jawatankuasa Induk Majlis Pembangunan Lembah Klang Raya, Kerajaan Negeri Selangor memastikan kepakaran, sumber, kewangan, dan perkhidmatan diurus dengan lebih cekap, tanpa sebarang pertindihan, bagi memudahkan urusan rakyat.

Metropolis Lembah Klang Raya berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama di Asia Tenggara, dan dijangka tersenarai antara lima metropolis utama di Asia. Pencapaian ini pasti akan meningkatkan kemakmuran negeri dan memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat Selangor.

Dengan visi #KitaSelangor, inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasakan pembangunan dan kemajuan di negeri ini. Selangor akan terus mara sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

#AmirudinShari

#MenteriBesarSelangor

#LembahKlangRaya

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.