Inisiatif

Peristiwa
20/4/24

Khabar gembira dari Jerman!

Khabar gembira dari Jerman! STDC-KNX-Seikou Systec Sdn. Bhd. menjalin kerjasama untuk merevolusikan automasi bangunan. Dengan modul KNX disepadukan ke dalam Sijil Teknologi Elektrik SKM Tahap 3, Selangor bakal menjadi hab untuk pensijilan profesional dalam bidang ini.

Pada asasnya, objektif utama kerjasama ini adalah untuk meletakkan Selangor sebagai hab penting bagi penyediaan dan pengurusan pensijilan profesional dalam bidang automasi bangunan.

KNX Association akan memainkan peranan sebagai badan piawai untuk membina modul piawaian automasi. Kerjasama ini juga bagi memanfaatkan kepakaran dan rangkaian global KNX Association yang meluas untuk memperkukuh keunggulan Negeri Selangor dalam bidang tersebut.

KNX Association memiliki sejumlah 505 pusat latihan bertauliah di 73 negara di seluruh dunia, dengan rangkaian industri  yang terdiri daripada lebih 105,000 rakan kongsi industri di 178 negara. Melalui kerjasama bersama KNX Association dan rakan kongsi industri lain seperti Seikou Systec Sdn. Bhd., STDC akan dapat memanfaatkan rangkaian yang luas ini untuk memudahkan pertukaran pengetahuan, kemahiran dan pensijilan yang berkaitan dalam pembinaan teknologi automasi.

Usaha ini akan meningkatkan daya saing Selangor dalam arena global pembinaan teknologi automasi, Insya-Allah.

#KitaSelangor

——————————————————

Exciting news from Germany! STDC-KNX-Seikou Systec Sdn. Bhd. are teaming up to revolutionize building automation. With KNX modules integrated into SKM Electrical Certification Level 3, we're making Selangor a hub for professional certification in this field.

The primary goal of this collaboration is to position Selangor as a key hub for providing and managing professional certification in building automation. By partnering with leading industry players, especially the KNX Association—which serves as a standard-setting body for building automation—this partnership aims to leverage the association's expertise and extensive global network to bolster Selangor's reputation in this field.

The KNX Association has an impressive network of 505 certified training centers across 73 countries, along with a vast industry network of more than 105,000 partners in 178 countries. By joining forces with the KNX Association and other industry partners like Seikou Systec Sdn. Bhd., STDC aims to tap into this extensive network to facilitate the dissemination of knowledge, skills, and certifications related to building automation technology.

The collaboration will boost Selangor's competitiveness in the global field of building automation technology, Insya-Allah.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.