Inisiatif

Peristiwa
16/12/22

KENYATAAN MEDIA - Insiden tanah runtuh

KENYATAAN MEDIA

16 Disember 2022

Pagi ini, negara dikejutkan dengan insiden tanah runtuh yang terjadi di Father’s Organic Farm, sebuah tapak perkemahan yang bertempat di Kampung Kuantan, Batang Kali, Daerah Hulu Selangor.

Sehingga jam 12:00 tengah hari ini, didapati bahawa 94 orang mangsa berada di kawasan tersebut dan 60 orang yang melibatkan 46 pengunjung serta 14 pekerja telah berjaya diselamatkan.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga 12 mangsa yang telah meninggal dunia akibat tragedi ini; 3 kanak-kanak, 7 wanita, dan 2 lelaki.

22 mangsa belum dikesan dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat diteruskan yang melibatkan 446 anggota yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor serta dibantu dari segi peralatan dan anggota daripada semua agensi kerajaan.

Agensi kerajaan telah turun ke lokasi kejadian pagi tadi bagi mengkoordinasikan segala bantuan yang diperlukan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui penyelarasan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan agensi-agensi berkaitan agar mangsa yang belum dikesan dapat dicari sesegera mungkin.

Saya akan turun ke lokasi kejadian malam ini bersama YAB Perdana Menteri dan mohon doa daripada seluruh rakyat agar pasukan mencari dan menyelamat dilindungi Allah SWT supaya setiap mangsa yang belum dikesan dapat diselamatkan.

DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.