Inisiatif

Peristiwa
1/3/24

Karnival Kerjaya MyFuturejobs Kesuma Madani OKU & TVET

Saya hadir bersama-sama dengan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim di Karnival Kerjaya MyFuturejobs Kesuma Madani OKU & TVET yang berlangsung di IDCC Shah Alam.

Karnival 3 hari ini adalah usaha kerajaan melalui PERKESO untuk mewujudkan pasaran kerja yang lebih terangkum dan holistik. Tidak ketinggalan inisiatif memberi peluang dan penghargaan kepada golongan OKU dalam pasaran kerja dan membuka peluang graduan keluaran TVET mengisi peluang dan permintaan Revolusi Industri 4.0.

Sehingga Disember 2023, seramai 2,460,189 pencari kerja berdaftar di Portal MYFutureJobs dan seramai 991,425 pencari kerja dari pelbagai golongan termasuk lebih 46,000 orang pencari kerja dari kumpulan OKU dan lebih 106,000 pencari kerja TVET.

Insya-Allah, semua usaha ini akan dapat direalisasikan dan sekaligus mengoptimumkan tahap kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja tanpa ada golongan yang tercicir.

Negeri Selangor juga sebagai gedung ekonomi negara telah mengambil langkah proaktif dengan memperkasa sektor TVET bagi mewujudkan tenaga kerja professional yang terlatih dan cekap.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.