Karnival Ban Canal 2023 di Sabak Bernam
Pada hujung minggu lepas, saya menghadiri Karnival Ban Canal 2023 di Sabak Bernam yang merupakan satu inisiatif baharu di kawasan tersebut. Sambutan pengunjung sangat meriah, hari tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan kayak, rekacipta bot dan macam-macam lagi. Saya yakin acara ini bakal menjadi identiti unik buat daerah ini, insya-Allah.