Inisiatif

Peristiwa
10/12/23

Karnival Ban Canal

Alhamdulillah pada hari ini saya telah menyempurnakan perasmian Karnival Ban Canal yang merupakan penganjuran kali kedua di Parit 14, Simpang Lima bertujuan memperkenal ban canal sebagai destinasi ekopelancongan dan akan dijadikan acara tahunan.

Program tiga hari ini yang bermula Jumaat lalu adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) kepada komuniti dan penduduk. Kehadiran lebih 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari ini memperlihatkan penyertaan pemimpin dan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan penganjur.

Insya-Allah, melalui pembangunan SABDA, usaha untuk menarik pelaburan besar bagi memacu ekonomi baharu akan digandakan, dan ia akan turut mendalami aktiviti bagi membina kehidupan masyarakat di sini.

#KitaSelangor


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.