Inisiatif

Peristiwa
6/12/23

Jelajah Tekad Pendidikan

Program hari ini, Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor Bersama Pelajar SPM & STPM 2023 merupakan program motivasi pecutan akhir yang dianjurkan oleh Yayasan Selangor bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) khusus untuk pelajar-pelajar di dua daerah terpilih iaitu daerah Gombak dan Kuala Selangor. Insya-Allah, jika tiada kekangan, program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor ini akan dilanjutkan ke daerah-daerah yang lain dengan penglibatan lebih ramai ibu bapa khususnya calon SPM dan STPM 2023.

Selain daripada ceramah motivasi, turut diselitkan program untuk pelajar beragama Islam seperti zikir munajat dan bacaan al-Mathurat, bacaan Yasin dan tahlil juga program Darul Ehsan Berselawat yang akan memberi nilai tambah kepada persediaan mental dan rohani pelajar bagi menghadapi peperiksaan.

Saya doakan kecemerlangan anak-anak ini dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi nanti. Kerajaan Negeri  akan terus mengutamakan agenda pendidikan anak-anak Selangor dan memberikan yang terbaik kepada pelajar dan institusi pendidikan agar dapat diterjemahkan dalam kecemerlangan anak-anak ini demi masa depan yang cerah.

#KitaSelangor


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.