Inisiatif

Peristiwa
5/11/23

Jelajah Madani Bersama Kementerian Sumber Manusia

Saya bersama-sama dengan Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V.Sivakumar turun memeriahkan program Jelajah Madani Bersama Kementerian Sumber Manusia hari ini di Dewan MPKK Kampung Wira Damai, Batu Caves.

Dalam ucapan saya, saya menyentuh tentang kadar pengangguran di Malaysia yang merekodkan penurunan kepada 3.4% di mana ini dilihat sebagai satu gambaran positif bahawa ekonomi Malaysia mempunyai daya tahan dan mampu berubah mengikut perkembangan ekonomi semasa.

Sesuai dengan perkembangan ini, lebih 1,000 peluang kerja ditawar kepada orang ramai dalam program hari ini yang melibatkan majikan antaranya Harvey Norman, Prasarana, Senheng, Chicken Rice Shop, Red Contact Sdn Bhd, Maha Mas Medic Service Sdn Bhd dan EliteTrax Marketing Sdn Bhd.

Jelajah ini melibatkan agensi seperti Perkeso, HRDCorp, TalentCorp, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) serta Tabung Pembangunan Kemahiran termasuk Jabatan Pendaftaran Negara bagi memberi perkhidmatan dan pencerahan berkait isu kewarganegaraan.

Turut diadakan pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan, demonstrasi gubahan bunga, pembuatan lilin aroma terapi dan sabun serta dekorasi aising kek.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Kementerian Sumber Manusia atas kesudian untuk mengadakan program Jelajah Madani Bersama Kementerian Sumber Manusia hari ini di Kampung Wira Damai. Semoga acara hari ini dapat memberi manfaat secara langsung kepada warga Gombak terutamanya kepada belia yang sedang giat mencari kerja.

#KitaSelangor

#MalaysiaMADANI

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.