Inisiatif

Peristiwa
6/11/23

JANJI 100 HARI, SELESAI DALAM TEMPOH 76 HARI !

JANJI 100 HARI, SELESAI DALAM TEMPOH 76 HARI !

Hari ini, satu lagi tawaran Tekad Kita Selangor dipenuhi Kerajaan Negeri Selangor menjadikan lima janji sewaktu PRN selesai dilunaskan dalam tempoh kurang 100 hari pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Selangor.

Tawaran pemberian bantuan e-baucar Buku Kita Selangor yang saya lancarkan hari ini bakal memanfaatkan 1,000 mahasiswa dengan peruntukan RM 200 ribu. Mahasiswa anak Selangor dari sembilan IPTA dan IPTS terlibat bakal mendapat manfaat daripada pemberian baucer ini selain dapat membentuk masyarakat yang terbina dengan ilmu pengetahuan.

Janji telah dikota. Insya-Allah, pemberian bantuan e-baucar Buku Kita Selangor akan diteruskan lagi dengan jumlah penerima yang lebih ramai.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.