Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS) dirasmikan
Alhamdulillah hari ini tercatat satu peristiwa penting apabila Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS) dirasmikan. IDRISS adalah merupakan satu usaha pembangunan ekonomi strategik di selatan Selangor yang merangkumi pelbagai aspek antaranya pendidikan, perumahan, pelaburan serta pengangkutan meliputi 40,000 ekar di Daerah Sepang dan Kuala Langat.
Kerajaan Negeri mengorak langkah ini bermula tahun lalu menerusi Rancangan Selangor Pertama, dan perasmian hari ini merupakan kesinambungan terhadap usaha itu.
Antara kelebihan IDRISS adalah peranan pentadbiran ini untuk membangunkan Managed Industrial Park yang bertujuan memudahcara proses perniagaan supaya pelabur dan pemunya tanah dapat membangunkan projek dengan lebih awal supaya dapat menawarkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi kepada anak Selangor.
Kerajaan Negeri beriltizam agar IDRISS dapat mengukuhkan negeri Selangor sebagai penyumbang terbesar KDNK negara ke arah mencapai sumbangan 30% dengan merealisasikan perancangan usaha-usaha di bawah IDRISS InsyaAllah.