Inisiatif

Peristiwa
28/3/25
Isu
Selangor

Insentif Khas Aidilfitri

Berbaki 3 hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri 1446H, hari ini saya menyerahkan Insentif Khas Aidilfitri kepada penggerak masjid di Selangor dalam sebuah majlis ringkas.

Sebanyak RM1,564,500 jumlah keseluruhan diserahkan kepada wakil 447 buah masjid di Selangor untuk diagihkan kepada pengerusi atau nazir masjid, imam rawatib, bilal dan siak, masing-masing mendapat RM500 setiap orang. Insya-Allah, jumlah peruntukan akan ditingkatkan pada tahun hadapan kepada RM2 juta supaya lebih ramai penggerak masjid akan mendapat manfaatnya.

Ini merupakan tanda penghargaan Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) terhadap sumbangan dan khidmat yang dilakukan para penggerak masjid. Ini turut menangkis tohmahan bahawa Kerajaan Perpaduan di Selangor mengabaikan nasib dan kebajikan para penggerak masjid dan surau di Selangor.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.