Inisiatif

Peristiwa
6/8/22
Isu
Selangor

INISIATIF PRASEKOLAH ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Buat pertama kali, Kerajaan Negeri menubuhkan Prasekolah Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) untuk peluang dan kemudahan murid-murid berkeperluan khas. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan mengetuai usaha ini.

Inisiatif khas untuk anak-anak Selangor ini dibuka kepada murid berumur 5 dan 6 tahun mengikut kriteria ditetapkan. Kelas intervensi awal selama 4 jam untuk 4 hari seminggu disediakan diikuti laporan komprehensif perkembangan dan prestasi.

Kerajaan Negeri berhasrat meletakkan penanda aras yang bersesuaian bagi para pengusaha lain menyediakan fasiliti pendidikan berkeperluan khas selari dengan visi untuk menjadi sebuah negeri penyayang. Maklumat lanjut boleh didapati di www.anisselangor.com/pusatanis

#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.