Inisiatif

Peristiwa
7/1/22
Banjir
Selangor
Isu

INFOGRAFIK SIDANG MEDIA KHAS PEMULIHAN PASCA BANJIR 7 JANUARI 2022

SIDANG MEDIA KHAS PEMULIHAN PASCA BANJIR
7hb Januari 2022

Semalam saya telah mengadakan sidang media khas bagi memberi makluman terkini usaha pemulihan pasca banjir di Negeri Selangor. Berikut adalah rumusan sidang media tersebut :

1. Sehingga 7 Januari 2022, 77,000 tan sampah berjaya dikutip termasuk 47,000 tan oleh KDEB Waste dan 30,000 tan oleh Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak lain.

2. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM9.18 juta bagi 13 projek kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor bagi usaha-usaha pengukuhan tebing sungai, pembinaan ban sungai, pembinaan aras platform TNB, pembelian set penghidup mudah alih (mobile genset) penambahan Sistem Amaran Banjir di kawasan hotspot.

3. RM31.7 juta diluluskan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor bagi projek-projek kritikal seperti pembersihan runtuhan cerun dan tebing jalan di:

i) Kerja-Kerja Pembersihan Runtuhan Cerun dan Tebing Jalan:
ii) Sepanjang Laluan B32 Jalan Bukit Peras
iii) Jalan Sungai Lui - Sungai Lalang
iv) Jalan Ladang Caledonian - Batu Arang
v) Jalan Rawang - Kuala Selangor
vi) Jalan Selayang – Kepong
vii) Jalan Tempinis 1, Jalan Rahidin dan Jalan Jati – Petaling
viii) Penggantian Jambatan Sungai Jenderam, Laluan B48 Jalan Dengkil – Sepang
ix)Kerja-Kerja Membaikpulih Jalan Rosak Di Jalan Sungai Lui, Sungai Lalang dan Jalan Bukit Peras

4. Peruntukan sejumlah RM396 juta daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan disediakan bagi pembaikan infrastruktur yang mengalami kerosakan akibat banjir di Negeri Selangor yang melibatkan 327 jalan, jambatan, cerun, tebing jalan, dan kerja elektrik.

5. Setakat 4 Januari, sebanyak 908 unit rumah melibatkan 8 daerah telah dikenal pasti untuk dibaik pulih atau dibina baru (876 baik pulih, 32 perlu dibina baru). Kerajaan Negeri akan meneliti senarai penuh yang sedang dimuktamadkan dan akan mengumumkan usaha bantuan kepada keluarga-keluarga ini dalam masa terdekat. Pembinaan semula rumah yang hanyut akibat banjir akan dilaksanakan secara bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

6. Sebanyak 1,407 pencawang elektrik telah berjaya dipulihkan oleh TNB, manakala 367 menara telekomunikasi berjaya dibaiki akibat kerosakan yang dialami kerana banjir.

Saya juga ingin memaklumkan setakat jam 11 malam semalam (7 Januari 2022) fasa pertama pembersihan telah selesai dengan hampir 79,000 tan sampah dikutip.

Saya ucap terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Usaha akan ditumpukan kepada pemulihan pasca banjir. Semoga usaha kita bangkit dari episod duka ini akan diberkati.

#SelangorBangkit

[Muat turun infografik]

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.