Iltizam Selangor Penyayang - Pelengkap usaha Kerajaan Negeri memperkasa program kebajikan rakyat
Iltizam Selangor Penyayang (ISP) diperkenalkan kepada rakyat Selangor melalui siri-siri Jelajah Selangor Penyayang. Formula ini menambah baik program-program sedia ada serta pengenalan program-program baharu untuk kebajikan rakyat.
Kerajaan Negeri mengamalkan sikap adil dan saksama bagi melindungi semua lapisan masyarakat. Sepenuh komitmen diberi untuk membantu masyarakat dari segenap aspek termasuk ekonomi, sosial dan pendidikan tanpa ada yang tertinggal.
Selangor sentiasa beradaptasi dengan pelbagai cabaran supaya terus kekal maju dan tahan uji. Mengembalikan hasil negeri kepada rakyat menerusi pelbagai program serta inisiatif terbukti menguntungkan apabila negeri ini kekal penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kini Selangor memiliki 42 program berorientasikan rakyat. Inilah tekad dan kesungguhan Kerajaan Negeri memastikan program kebajikan sentiasa menepati kehendak rakyat. Pendekatan baru disesuaikan dengan keperluan semasa.
Inilah agenda rakyat.
#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor