Inisiatif

Peristiwa
19/4/22
Isu
Selangor

Iftar Bersama Pemimpin Masyarakat

Majlis Berbuka Puasa bersama para hampir 750 Ketua Kampung, wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahli Majlis PBT dan ketua komuniti di Selangor diserikan dengan kehadiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Mereka berkhidmat menterjemahkan semua dasar serta inisiatif-inisiatif negeri kepada rakyat secara berkesan dan telah menyelesaikan banyak masalah setempat. Bersama kita pertingkatkan usaha demi menjamin kesenangan rakyat serta negeri.

Mesej adalah jelas kepada para pemimpin masyarakat ; tingkatkan usaha, terus fokus memberikan khidmat cemerlang kepada rakyat. Kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan pentadbiran ini. Saya hargai usaha para Ketua Kampung, Ahli Majlis PBT dan ketua komuniti di Selangor.

#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.