Inisiatif

Peristiwa
2/10/23
Selangor

Harian Metro: PRK Pelangai: PH usaha pujuk pengundi luar bantu kemenangan BN

Shah Alam: Pakatan Harapan (PH) Pahang sedang berusaha membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai dengan menarik pengundi luar khususnya di Kuala Lumpur pulang mengundi.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sudah mengenalpasti kira-kira 2,000 pengundi Dun Pelangai yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur.

"Sekarang ini tugas kita, memastikan pengundi untuk turun terutama yang berada di Kuala Lumpur.

"Ada lebih 2,000 pengundi di Kuala Lumpur yang kita sedang cuba untuk pujuk dan beritahu mereka keperluan untuk turun mengundi.

"Ini antara usaha kita kemenangan calon BN di Dun itu dan memastikan (Dun) Pelangai mempunyai representasi yang baik terutama untuk meneruskan kelangsungan pembangunan dan pembelaan kepada rakyat," katanya selepas merasmikan Selangor Property Expo 2023 di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai perkembangan kempen DUN berkenaan.

Ad

Pada 7 Oktober depan, PRK Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

PRK Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.