Hari Warga Emas 2022
Warga emas ialah antara golongan yang tidak terkecuali dari menikmati kemakmuran di Selangor. Alhamdulillah Kerajaan Negeri sentiasa menghargai jasa serta peranan mereka.
Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ialah antara program utama yang khusus buat warga emas di Selangor selain dari BINGKAS, Selangor Saring dan pelbagai lagi.
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) juga memberi perlindungan insurans sehingga RM10,000 bagi mereka yang berusia sehingga 80 tahun.
Menyedari hakikat bahawa negara bakal mencapai fasa ‘ageing society’, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dan menekankan beberapa polisi yang mesra warga emas bagi membantu memelihara kebajikan mereka.
#KitaSelangor
#MBSelangor
#AmirudinShari
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor