Hari Polis ke-214
Polis Diraja Malaysia yang sentiasa mencurah bakti demi keselamatan dan kesejahteraan lebih-lebih lagi di dalam waktu pandemik adalah inspirasi kepada kita semua.
Moto ‘Bersedia Berkhidmat’ yang dijulang di bahu para anggota PDRM adalah sandaran kepada usaha kita bersama demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat di Negeri Selangor.
Dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, marilah kita menghayati dan menghargai jasa anggota-anggota PDRM dan semangat tekad mereka berkhidmat walaupun terpaksa mengorbankan masa mereka bersama yang tersayang dan terdedah kepada pelbagai situasi yang bahaya.
Doa saya panjatkan kepada Allah SWT agar sekalian warga PDRM dipelihara keselamatan dan diberi kekuatan melaksanakan tugas.
Selamat Hari Polis ke-214.
#HariPolis214
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor