Inisiatif

Peristiwa
11/3/24

Hari pertama sesi persekolahan baharu di SK Bandar Bukit Mahkota.

Pagi ini saya berkesempatan meninjau hari pertama sesi persekolahan baharu di SK Bandar Bukit Mahkota. Lawatan saya ini juga adalah bagi memenuhi jemputan Sambutan Sedekad SK Bandar Bukit Mahkota.

Saya telah disambut oleh Guru Besar, Puan Nur Hanani Md Nafi dan barisan warga pendidik. Seterusnya saya telah bertemu anak-anak dan melawat kelas-kelas.

Alhamdulillah dalam lawatan ini yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Hulu Langat YB Sany Hamzan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Dr Jafri Abu serta PPAS dan Yayasan Selangor, saya telah mengumumkan sumbangan berjumlah RM 50 ribu untuk membaiki infrastruktur sekolah demi membantu anak-anak yang menuntut ilmu.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.