Hari Lautan Sedunia dan inisiatif Gerbang Maritim Selangor
Pada 8 Jun setiap tahun, Hari Lautan Sedunia disambut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa. Ia untuk memperingati peranan kritikal lautan dalam kehidupan seharian kita yang tidak terganti.
Salah satu inisiatif projek sosial di bawah lembayung Gerbang Maritim Selangor adalah Mangrove Point. Merupakan projek Menteri Besar Selangor Incorporated (MB Inc), ia bakal menjadi destinasi terbaru untuk eko-pelancongan serta taman awam yang menghubungkan terus antara kita dan ekosistem hutan bakau yang unik.
Projek ini bakal meningkatkan kesedaran tentang keindahan semulajadi paya bakau yang menjadi pertembungan antara air tawar dan air laut serta memelihara keadaan paya bakau yang sedia ada.
#SelangorMajuBersama
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor