Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Merafak sembah serta setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pada 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441 Hijrah.
Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia dan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Sembah takzim daripada Kerajaan Negeri serta seluruh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.
Daulat Tuanku.
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor