Inisiatif

Peristiwa
11/9/23

Hadir ke Dewan Rakyat

Alhamdulillah berkesempatan hadir ke Dewan Rakyat pagi ini untuk meneliti pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 oleh YAB PM Anwar Ibrahim

Selaku Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Gombak, secara asasnya saya menyambut baik keterjemahan dasar prinsip Ekonomi Madani yang telah dilancarkan.

Khususnya, pencetus aktiviti ekonomi mampan seperti peralihan tenaga boleh baharu, industri teknologi digital, industri elektrik & elektronik dengan fokus kepada front-end termasuk pengujian cip serta beberapa aspek dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu seperti menjadikan Malaysia Pusat Kewangan Islam Global mampu menawarkan pekerjaan yang bergaji lebih tinggi kepada warga Selangor dan Malaysia.

Saya juga menyambut baik kaedah pengklusterian ekonomi mengikut keunikan wilayah masing-masing sepertimana diasaskan di Selangor.

Tambahan kepada itu, peralihan kepada pengangkutan awam amat diperlukan di Selangor dan pentadbiran negeri bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Jaringan Pengangkutan Awam Bas Rapid Transit, perancangan meluaskan Lapangan Terbang Subang, pembinaan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey.

Saya juga terbuka dengan cadangan menyegerakan usaha tebatan banjir serta penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara supaya negeri Selangor dan negeri-negeri lain dapat lebih tangkas mengadaptasi kepada cabaran perubahan iklim.

Akhir sekali, Dasar Gaji Progresif serta pengukuhan sistem pendidikan digital dan tumpuan kepada aspek TVET mampu menggerakkan transisi kepada anak-anak kita diberikan kemahiran baharu serta ditawarkan gaji yang lebih bermaruah.

Aspek-aspek ini akan saya teliti dalam perbahasan saya di Parlimen pada petang esok Insya-Allah

#KSPRMK12

May be an image of 1 person

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.