Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Klang
Semalam saya telah berada di Jalan Tengku Kelana, Klang bagi melihat sendiri kemeriahan menjelang sambutan Deepavali. Sambil ditemani isteri, kami menyantuni masyarakat India yang sedang membeli belah saat akhir sebelum Deepavali esok. Saya amat gembira melihat kemeriahan penuh warna-warni, inilah keunikan rakyat di Selangor yang hidup harmoni di dalam semangat perpaduan. Turut hadir, Ahli Parlimen Klang YB Ganabatirau, YB Papparaidu Veraman dan YB Gunaraj George.