Bertemu dengan para kariah dan penduduk Kampung Sungai Chinchin
Usai solat, saya bertemu dengan para kariah dan penduduk Kampung Sungai Chinchin untuk memaklumkan status terkini usaha Pembangunan Masjid Kg Sungai Chinchin setelah diumumkan pada akhir tahun lalu.
Insya-Allah, Masjid Kg Sungai Chinchin yang baru boleh memuatkan hampir 2,000 orang jemaah dengan kos RM 15 juta. Kerajaan Negeri telah meluluskan dana awalan RM 7 juta bagi pembinaan masjid ini.
Saya juga mengadakan sesi soal jawab dan menerima beberapa pandangan berkenaan pembinaan ECRL yang menimbulkan kerisauan terutamanya bagi mereka yang mempunyai rumah di kawasan jajaran ECRL.
Saya menjamin bahawa Kerajaan Negeri akan memastikan sebarang proses pengambilan hanya akan dilaksanakan secara adil termasuk pampasan yang sewajarnya.
Tambahan kepada itu, saya juga memaklumkan bahawa usaha baharu Bandar Baru Gombak sedang digiatkan yang juga merangkumi lokasi penempatan baharu bagi rumah-rumah yang menduduki kawasan rizab jalan dan rizab sungai supaya Gombak dapat dibangunkan sebagai bandar yang lebih tersusun.
Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor