Bersama warga Tanjong Karang
Malam semalam, bersama warga Tanjong Karang dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang.
Alhamdulillah, majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil, diikuti dengan ceramah Maal Hijrah. Majlis turut dihadiri YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Insya-Allah, sambutan tahun baharu kalendar Islam ini akan dijadikan sebagai medan membangunkan komuniti harmoni dan saling mendukung antara satu sama lain yang merupakan kunci kejayaan Negeri Selangor. Fabrik Negeri Selangor yang unik dan rencam, rakyat hidup harmoni dalam perpaduan. Inilah pemangkin yang memacu kejayaan Selangor. Fabrik ini harus kita pelihara dan perkukuhkan bersama.




