Inisiatif

Peristiwa
30/7/23

Bersama PMX di Kota Damansara

Malam semalam bersama PMX di Kota Damansara, saya seru anak-anak muda untuk menolak politik kebencian dan perpecahan dibawa Perikatan Nasional. Di Selangor, kita hidup aman damai harmoni dalam perpaduan. Ekonomi berkembang maju, kebajikan rakyat terjamin, agama Islam terpelihara. Perikatan Nasional tahu mereka tidak boleh menawan Selangor selain dari bermain kotor. Meniupkan kebencian dan perpecahan, menyerang peribadi dan menuduh tanpa bukti. Anak muda Kota Damansara undilah calon muda Saudara Izuan Kasim. Beliau mempunyai pengalaman sebagai Ahli Majlis PBT, kepimpinan muda yang ingin ditonjolkan di Kota Damansara.

Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor

#KitaSelangor

#ArusMerahKuning

#PerpaduanSelangor

#SungaiTuaUndiTiga


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.