Bersama penduduk Kg Sungai Salak, Jawatankuasa Surau Nurul Iman dan jentera Pakatan Harapan di Batu 9, Gombak.
Terhibur saya dengan gelagat anak-anak ini ketika menghadiri program bersama penduduk Kg Sungai Salak, Jawatankuasa Surau Nurul Iman dan jentera Pakatan Harapan di Batu 9, Gombak.
Sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan di Selangor, pendidikan dan kebajikan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan. Program Tuisyen Rakyat diberikan secara percuma, selain dari program subsidi yuran tadika serta taska. Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sejumlah wang besar buat anak-anak istimewa di Selangor. Inilah bukti bahawa Pakatan Harapan sentiasa prihatin akan masa depan Selangor.
Saya memahami keperluan utk kita berjuang demi masa depan Gombak yang lebih baik terutama masa depan anak-anak kita. InsyaAllah.