Inisiatif

Peristiwa
11/3/24

Bersama ahli keluarga di Maktab Tentera Diraja (MTD/RMC)

Semalam akan terpahat memori saya bersama ahli keluarga di Maktab Tentera Diraja (MTD/RMC) menyaksikan Perbarisan Tahunan atau lebih dikenali sebagai Passing Out Parade (POP) yang disertai oleh anakanda sulung saya Amirul Haziq yang baru selesai menamatkan pengajian dan peperiksaan SPM di RMC.

Keberadaan Haziq dan rakan-rakan di RMC pastinya satu pengalaman yang sangat berharga. Diajar dan dididik berteraskan sifat disiplin. Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga Maktab Tentera Diraja yang mendidik serta melatih anak saya.

Saya turut menghargai ukhuwah dan silaturrahim sesama ibu bapa dalam keluarga Novus Foxtrot. Semoga anak-anak kita terus cemerlang dan berjaya.

#MTD

#RMC

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.