Bersama agensi maritim dan beberapa orang EXCO
Saya telah turun bersama agensi maritim dan beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri Selangor bagi memantau dan melihat sendiri kes kecurian benih kerang dan penggunaan bubu naga yang dilarang.
Kami telah dibawa menaiki bot bermula dari Sabak Bernam hingga ke Klang selama 3 jam bagi mendapat gambaran keadaan semasa.
Kes ini amat serius dan semakin berleluasa memberi impak negatif kepada ekosistem kehidupan laut serta mengancam pendapatan para nelayan. Saya telah mencadangkan agar pos pengkalan hadapan dibina di kawasan berkenaan serta rondaan yang kerap dibuat untuk membanteras kegiatan ini.