Bersama 5,000 penghantar p-hailing
Semalam lebih 5,000 penghantar p-hailing di Selangor hadir pada program Temu Anwar Selangor X Belia p-hailing 2023 di Laman Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.
Menyedari banyak perkara yang perlu diteliti perihal pekerja p-hailing, PMX meluangkan masa berdialog bersama dengan penghantar p-hailing di Selangor. Beliau turut mengumumkan peruntukan awal RM1 juta untuk mewujudkan sekretariat bagi menyelaras pengurusan dan mengawal selia perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing).
Selain itu, PMX juga akan bertemu dengan semua syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah khidmat pengambilan dan penghantaran.
Negeri Selangor turut peka dan prihatin dalam memastikan kebajikan golongan peserta p-hailing ini terjaga melalui pemberian tunai sebanyak RM500 menerusi Inisiatif Roda Darul Ehsan (Ride) dan RM50 melalui caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Sehingga kini seramai 11 ribu anak-anak muda di Selangor telah terima manfaat.
Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor




