Inisiatif

Peristiwa
3/1/23

Berkunjung hormat kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim

Memulakan tugas di tahun 2023 dengan berkunjung hormat kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.

Dalam sela masa lebih sejam, saya sampaikan aspirasi rakyat Selangor agar pengukuhan kerjasama Persekutuan-Selangor dapat dimantapkan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri melalui Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Beberapa perkara perihal perkembangan positif hasil Negeri Selangor di akhir tahun 2022 melepasi sasaran mencapai 123.55% yakni

RM2,532.86 juta daripada sasaran RM2,050 juta.

Penumpuan kepada beberapa perkara perihal pembangunan negeri, tebatan banjir, penyelenggaraan jalan antara yang turut dibincang panjang kali ini.

Terima kasih YAB Perdana Menteri atas input-input penting untuk kami lanjutkan di Selangor kelak.

Saya berbesar hati mengundang YAB Perdana Menteri untuk mengadakan lawatan kerja ke Selangor dalam waktu terdekat.

Iltizam #KitaSelangor menjadi pasak utama agenda pembangunan Malaysia yang lebih sepadu, demi merealisasi agenda kemajuan bersama.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.