Inisiatif

Peristiwa
7/3/23

Berjumpa dengan mahasiswa Selangor di Jepun

Menjadi kelaziman saya dalam setiap kunjungan ke luar negara, seboleh mungkin saya cuba mencari masa untuk berjumpa dengan mahasiswa Selangor di luar negara.

Malam tadi di Osaka, sempat makan malam dengan beberapa mahasiswa mahasiswi Selangor yang berkesempatan turut serta.

Teruja mendengar pandangan antaranya Zul dari Puchong, Fahmy dari Tanjong Karang, Maziahtul dari Shah Alam serta Zahirah dari Gombak yang duduk di Jepun tentang pengalaman mereka di negara orang dan idea idea baharu yang boleh diadaptasi di Selangor.

Kepada mereka saya pesan, kutip pengalaman sebanyaknya di negara orang, kelak kembali ke Selangor untuk menabur bakti. Jaminan saya buat semua anak Selangor di luar negara: ruang dan peluang yang luas insyaAllah tersedia di Selangor untuk dimanfaatkan.

Saya sempat hadiahkan setiap mereka satu karya terbaru Projek Terjemahan Selangor iaitu Sejarah Selangor 1766 - 1939 karya J.M Gullick.

Semangat #KitaSelangor terus menyerlah di setiap pelusuk dunia.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.