Media

Peristiwa
15/11/23
Selangor
Bantuan

Berita Harian: Terima kasih kerajaan negeri beri dana RM10 juta - Selangor FC

KUALA LUMPUR: Selangor FC berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memperuntukkan dana RM10 juta kepada kelab itu dalam Belanjawan 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menjelaskan bajet yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari itu bakal memastikan persediaan rapi dapat dilakukan untuk musim hadapan.

Beliau berkata, dana berkenaan adalah suntikan buat pengurusan kelab dalam menguruskan pasukan dari peringkat belia hingga ke pasukan utama.

"Saya gembira dengan pengumuman Belanjawan 2024 di peringkat negeri apabila kita diberikan dana RM10 juta sekali lagi seperti yang diterima setiap musim.

"Jumlah itu cukup penting kerana ia memberikan suntikan buat pihak pengurusan bagi mengatur pasukan di peringkat belia bermula pasukan bawah 18 (B-18) tahun, B-20 dan B-23 selain skuad wanita dan pasukan utama.

"Selain itu, kita juga akan membantu program pembangunan akar umbi di peringkat sekolah dengan dana yang bakal diberikan nanti," katanya.

Ad

Terdahulu, Amirudin menerusi laman Twitter miliknya mengumumkan bahawa kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta bagi Selangor FC dan RM8 juta buat Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).

Katanya, ia sebagai titik tolak misi menjuarai Liga Super, Piala Malaysia dan Sukan Malaysia (SUKMA) menjelang tahun 2025.

"Kerajaan Negeri meletakkan sasaran untuk mengembalikan kegemilangan pasukan Merah Kuning dalam sukan bola sepak dan arena sukan tanah air," katanya.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.