Media

Peristiwa
26/6/24
Selangor

Berita Harian: Selangor anjur Karnival Kerjaya Jobcare Sabtu ini

SHAH ALAM : Individu yang sedang mencari pekerjaan boleh mengambil peluang ke Program Karnival Kerjaya Jobcare yang akan dianjurkan kerajaan negeri di Dewan Dato' Abdul Hamid, Batang Kali, Sabtu ini.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu berkata, program itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Selangor untuk menyokong pencari kerja dan mempromosikan peluang pekerjaan dalam komuniti.

"Program Karnival Kerjaya Jobcare ini akan menampilkan pelbagai syarikat dari pelbagai industri yang akan membuka kaunter/booth untuk memperkenalkan kekosongan jawatan

terkini dan memberikan maklumat terperinci mengenai syarikat mereka.

"Ini adalah peluang unik bagi warga Selangor yang mencari pekerjaan untuk berinteraksi secara langsung dengan majikan berpotensi, mengetahui mengenai laluan kerjaya yang berbeza, dan mencari peluang pekerjaan bersesuai dengan kemahiran dan minat mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Papparaidu berkata, program itu bertujuan mempercepatkan proses pengambilan pekerja dan memudahkan penempatan kerja segera bagi calon yang layak.

Katanya, terdapat juga sesi temuduga kerja yang akan dijalankan sepanjang hari.

Justeru, katanya orang ramai digalakkan membawa salinan butiran diri dan bersedia untuk ditemuduga segera.

"Kerajaan negeri menjemput semua ahli masyarakat yang mencari pekerjaan untukmenghadiri Program Pameran Kerjaya ini.

"Ia adalah peluang yang baik untuk berhubung dengan pelbagai majikan dan meneroka pelbagai peluang pekerjaan yang ada," katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.