Media

Peristiwa
7/12/23
Bantuan
Selangor

Berita Harian: Keluarga berumah dalam kereta dapat pembelaan Zakat Selangor

KUALA LUMPUR: Kisah kepayahan sebuah keluarga yang terpaksa mendiami sebuah Proton Saga sebagai tempat tinggal, akhirnya mendapat perhatian dan pembelaan pihak berwajib.

Terdahulu, penderitaan hidup keluarga itu dikongsikan menerusi Facebook Komuniti Taman Medan dan Taman Dato' Harun, selepas penduduk sekitar menemui mereka berteduh berhampiran sebuah plaza tol di Puchong, Selangor.

Sejurus menyedari perkongsian itu, Team Operasi Agihan Daerah Petaling Lembaga Zakat Selangor (LZS) bergegas mengesan serta mendampingi keluarga terbabit bagi mendapatkan kepastian mengenai masalah dan kepayahan yang sedang dihadapi mereka.

"Hasil siasatan, beliau (ketua keluarga bersama isteri dan anak-anak) sudah dihalau keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu membayar tunggakan. Sebelum ini beliau tinggal di sekitar Subang.

"Anak-anaknya juga masih kecil, sepertinya sudah biasa dengan keadaan sebegitu. Tidak merungut pada ayahnya. Tapi sebagai seorang bapa, cuba untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dan masa depan mereka," menurut LZS menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

LZS berkata, siasatan pihaknya mendapati si bapa menghidapi sakit jantung, manakala ibunya pula diuji dengan sakit Tuberkulosis (TB), memaksa duit simpanan keluarga habis digunakan untuk menampung perubatan di Hospital Serdang, Selangor.

Ad

"Buat masa ini, beliau tiada sumber pendapatan kerana tidak mampu untuk menjalankan perniagaan yang sudah diusahakan semenjak dahulu.

"Beliau juga banyak mengharapkan sumbangan dan ihsan orang ramai bagi kelangsungan kehidupan," katanya.

Hasil bantuan orang ramai serta tindakan lanjut pihak LZS, katanya keluarga ini berjaya mendapatkan rumah sewa.

"Kami (LZS) akan bantu beliau dari segi deposit sewa rumah dan sewa rumah bulanan kerana beliau layak didaftarkan sebagai asnaf.

"Hasil maklumat daripada komuniti dan pengeluar zakat, kita berjaya membantu memberi tempat teduh kepada keluarga ini," katanya.-ends.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.