Media

Peristiwa
21/2/24
Selangor

Berita Harian: Bantuan bayaran pendahuluan beli motosikal di Selangor dibuka hingga 1 Mac

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor membuka permohonan sehingga 1 Mac depan bagi program BikeCare-1000 iaitu bantuan bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asal dan Minoriti negeri, V Papparaidu, berkata borang bagi program khusus untuk warga Selangor itu boleh diperoleh di pejabat Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di tingkat lima bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Shah Alam, Selangor.

"Borang juga boleh diperoleh secara dalam talian menerusi pautan https://drive.google.com/file/d/1ZvyjM4m_fSDQwNbMoZ5GTpWs5jqFeWhR/view?u...

"Pemohon perlu mematuhi syarat ditetapkan iaitu berusia 18 tahun ke atas, memiliki lesen motosikal yang sah dan tidak disenarai hitam Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS)," katanya dalam kenyataan.

Program BikeCare-1000 adalah satu inisiatif Kerajaan Selangor bagi meringankan beban pekerja Gig atau P-hailing dalam bentuk pembayaran pendahuluan pembelian motosikal.

Selain itu, ia adalah usaha kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan sokongan dalam menyediakan keperluan kehidupan yang kini sedang mencabar.

Papparaidu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting berkata, semua permohonan perlu disertakan salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan penjamin (keluarga), salinan penyata bank, salinan lesen motosikal dan salinan slip gaji terkini.

Katanya, borang permohonan yang sudah lengkap perlu diserahkan ke pejabat UPPS di bangunan pentadbiran kerajaan negeri sebelum 1 Mac.

"Program ini inisiatif Kerajaan Selangor untuk membantu pekerja tempatan mengatasi cabaran kewangan, terutama dalam memperoleh pengangkutan peribadi yang diperlukan," katanya.

Mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-5545 2216, 03-5544 7307 atau 03-5544 7305.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.