Media

Peristiwa
5/4/24

Berita Harian: Angka korban serangan Zionis di Gaza lepasi 33,000

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 33,037 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan maut Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lalu, kata Kementerian Kesihatan di kawasan yang dikepung pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kementerian itu dalam kenyataan berkata kira-kira 75,668 rakyat Palestin turut cedera dalam serangan itu.

"Serangan Israel membunuh sekurang-kurangnya 62 orang dan mencederakan 91 yang lain dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya dan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," katanya.

Perang Israel-Gaza, kini sudah memasuki hari ke-181, sehingga mendorong 85 peratus penduduk Gaza berpindah ketika kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang semakin teruk, manakala 60 peratus daripada infrastruktur itu sudah rosak atau musnah, menurut PBB.

Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan mahkamah pada minggu lalu meminta rejim Zionis itu untuk mencegah kebuluran di Gaza.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.