Berita Harian: Aktiviti mendaki, Taman Eko Rimba di Selangor dibuka semula 1 Februari
SHAH ALAM: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) membuka semula aktiviti pendakian dan Taman Eko Rimba bermula 1 Februari depan.
JPNS menerusi notis di laman Facebook memaklumkan, pembukaan semula itu membabitkan enam Taman Eko Rimba dan 30 jalur pendakian.
Menurutnya, enam Taman Eko Rimba itu adalah Sungai Tua, Sungai Sendat, Sungai Tekala, Komanwel, Kota Damansara dan Gunung Nuang.
Jalur pendakian pula membabitkan tiga daerah iaitu hutan Hulu Selangor, hutan pantai Klang dan hutan Selangor Tengah.
Daerah hutan Hulu Selangor membabitkan Air Terjun Lata Medang, Air Terjun Lata Macau, Air Terjun Setinggi, Air Terjun Lubuk Kawah, Gunung Semangkok, Gunung Hulu Kali, Bukit Genting Cin Cin, Gunung Rajah, Bukit Pokok Pine dan Gunung Hulu Semangkok.
Selain itu, Bukit Hulu Telang, Bukit Hulu Bakau, Gunung Semangkuk Gap, Bukit Boyan, Gunung Ulu Lenik, Bukit Choroco, Bukit Kutu, Bukit Kunong dan Bukit Unyang.
"Bagi daerah hutan Selangor Tengah pula, Air Terjun Sungai Lepoh, Air Terjun Ulu Perdik, Air Terjun Sungai Pisang, Air Terjun Sofea Jane, Air Terjun Lubuk Tedung, Bukit Broga, Bukit Kembara, Gunung Nuang, Gunung Hitam dan Bukit Cenuang.
"Daerah hutan pantai Klang pula adalah Bukit Jugra," menurut kenyataan itu.
JPNS turut memaklumkan perkhidmatan malim gunung perhutanan bagi negeri ini akan dikuatkuasakan bermula tarikh yang sama.
Menurutnya, sebanyak 18 bukit dan gunung diwajibkan bagi perkhidmatan itu.
"Bukit dan gunung terbabit adalah Gunung Semangkok, Gunung Hulu Kali, Bukit Genting Cin Cin, Gunung Rajah, Bukit Pokok Pine, Gunung Hulu Semangkok, Bukit Hulu Telang, Bukit Hulu Bakau dan Gunung Semangkuk Gap.
"Selain itu, Bukit Boyan, Gunung Ulu Lenik, Bukit Choroco, Bukit Kutu, Bukit Kunong, Bukit Unyang, Gunung Nuang, Gunung Hitam dan Bukit Cenuang," katanya.
Berikutan pembukaan semula itu, JPNS mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan permit bagi memasuki hutan simpan kekal terbabit.
"Permit boleh didapati di Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang," katanya.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi JPNS di talian 03-55447000 / 7507.