Berita Harian: 98 sumber air alternatif tambahan di Selangor
SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenal pasti 98 kolam sumber air alternatif yang berpotensi sebagai sumber air mentah tambahan bagi Selangor.
Menurut LUAS, sebanyak 20 daripadanya diwartakan sebagai Zon Perlindungan untuk kawalan mengikut Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999.
"Baki dari jumlah itu sedang diwartakan agar semua kolam alternatif yang dikenal pasti ini dapat disiap-siaga untuk digunakan pada bila-bila masa diperlukan.
"Kolam ini sentiasa dipantau oleh LUAS bagi mengelakkan segala bentuk gangguan dan kerosakan terhadap kualiti dan kuantitinya," kata di media sosial hari ini.
LUAS memaklumkan, pihaknya sudah memantau keadaan satu daripada kolam berkenaan iaitu Tasik Biru, Kundang di daerah Selayang.
"Semakan dan pemantauan bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ini bagi melihat kerja yang perlu dilaksanakan untuk menangani masalah air tasik melimpah dan 'backflow'.
"Kerja pembersihan akan segera dilaksanakan untuk menilai punca kepada 'backflow' berkenaan," katanya.