Inisiatif

Peristiwa
19/6/23
Selangor

Berita Harian: 5,000 kakitangan kontrak Selangor diserap ke jawatan tetap

SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 daripada 7,000 penjawat awam bertaraf kontrak di Selangor sudah diserapkan ke jawatan tetap setakat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini bermakna kadar penyerapan jawatan tetap itu adalah tinggi dan dilakukan mengikut saranan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor (SPN).

"Kebanyakan yang diserap adalah individu berpengalaman dari pelbagai jawatan seperti Pegawai Tadbir Diplomatik dan diserap oleh perjawatan di peringkat Persekutuan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kerjaya Mega Selangor di sini, hari ini.

Amirudin berkata, beliau turut dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah tidak melaksanakan pekeliling itu (Dasar Pelantikan Tetap Penjawat Awam Bertaraf Kontrak) cuma ia tidak dibatalkan.

Katanya, pelantikan tetap tersebut juga sudah tidak menjadi amalan di kebanyakan negeri.

"Saya ingat, mungkin ada salah faham bila kita batalkan pekeliling, ia jadi isu. Negeri lain tidak batal pekeliling, tidak laksanakan pun.

"Itu maklum balas awal, biar saya dapatkan juga (maklumat) daripada JPA," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tindakan kerajaan Selangor membatalkan serta-merta Dasar Pelantikan Tetap Penjawat Awam Bertaraf Kontrak yang berkhidmat melebihi 15 tahun seperti diputuskan sebelum ini, memberi gambaran kerajaan negeri tidak prihatin dengan kebajikan penjawat awam.

Susulan itu, CUEPACS yang kecewa dan kesal dengan tindakan Kerajaan Selangor itu, mahu Amirudin mempertimbangkan semula keputusan ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.