Media

Peristiwa
24/6/24
Selangor

Berita Harian: 1,000 sertai Selangor International Race


SHAH ALAM: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan pelepasan peserta bagi Selangor International Race (SIR) 2024 di Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, hari ini.

Baginda melakukan pelepasan bagi peserta acara 141 kilometer (km) dan acara VIP Ride sejauh 20 kilometer yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas, Ahli Pengurusan PKNS serta rakan korporat.

Penganjuran acara yang memasuki edisi kedua itu mendapat sambutan hangat apabila disertai 1,000 peserta dalam dan luar negara yang berentap untuk merebut kejuaraan.

Ia turut menghimpunkan pelumba dari 10 negara lain iaitu United Kingdom, Jepun, Singapura, Brunei, Australia, Indonesia, Filipina, Bangladesh, Jerman dan Qatar.

Pasukan dari Malaysia yang mengambil bahagian ialah Team Aquatwo Cyclomotion,

Malaysia Pro Cycling Team, TSG Academy, MSN Terengganu, PDRM, ATM, Selangor State Cycling Team, Perak State Cycling Team, Putrajaya State Cycling Team dan Gruppetto Propain.

Acara berkenaan membuktikan komitmen PKNS dalam membangunkan sukan berbasikal di peringkat tempatan khususnya di negeri Selangor dengan memberi tumpuan kepada penganjuran acara sukan bertaraf profesional bagi menarik minat pelumba tempatan dan antarabangsa.

Terdahulu, sebanyak 49 jalan di beberapa kawasan ditutup bagi memberi laluan kepada acara anjuran PKNS itu.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.