Inisiatif

Peristiwa
18/3/24

Berbyka bersama 1,500 warga pendidik

Saya bersama-sama dengan lebih kurang 1,500 warga pendidik, meneruskan tradisi berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah yang telah diadakan sejak 2018 lagi bersama warga pendidik dari seluruh Selangor.

Dalam majlis ini, saya berpesan tentang aspek pendidikan yang menjadi teras penting dalam pendirian dan pegangan kerajaan negeri terutamanya dalam pembangunan sosial.

Besar harapan saya letakkan kepada warga pendidik negeri ini dalam melengkapkan anak-anak dengan ilmu dan kemahiran sosial bagi menghadapi dunia masa kini.

Dalam menghargai tanggungjawab yang dipikul warga pendidik, kerajaan negeri menyumbangkan RM840,000 kepada 840 persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) di negeri ini dan saya turut menyerahkan sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

Insya-Allah, pada bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita meningkatkan ikhtiar kita dalam mengukuhkan sistem pendidikan negara demi masa depan anak-anak kita semua.

#KitaSelangor

#Ramadan

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.