Berbuka puasa dengan lebih 400 wakil anak-anak syarikat Negeri Selangor
21 Ramadan 1445H / 1 April 2024
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk berbuka puasa dengan lebih 400 wakil anak-anak syarikat Negeri Selangor dan rakan-rakan pengamal media sebagai tanda ingatan dan meraikan ukhwah yang sedia terjalin.
Saya turut berkesempatan membincangkan banyak perkara bersama para tetamu dalam suasana santai majlis ini. Insya-Allah melalui program ini akan mengukuhkan lagi hubungan di antara kerajaan negeri, pihak GLC dan rakan-rakan media.



