Inisiatif

Peristiwa
5/1/24

Berangkat ke Galeri Padi dan Pusat Jualan Beras di Sekinchan.

Alhamdulillah, hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Galeri Padi dan Pusat Jualan Beras di Sekinchan.

Al-Sultan Abdullah berkenan melawat galeri padi dan pusat jualan produk di Galeri Padi milik PLS Marketing (M) Sdn Bhd ini. Baginda turut mencuba mengendalikan mesin menuai dan menanam padi.

Alhamdulillah, KDYMM Tuanku turut menyatakan rasa gembira melihat perkembangan teknik serta strategi penanaman padi di negeri Selangor yang memberi hasil yang sangat baik di samping memperluaskan lagi formula penanaman padi Sekinchan di beberapa tempat lain termasuk di negeri Pahang Darul Makmur.

Menjunjung kasih KDYMM Tuanku di atas perkenan melawat pusat penanaman padi di Sekinchan.

#KitaSelangor


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.