Inisiatif

Peristiwa
6/3/24

Bantuan rawatan kesihatan

Di Selangor, Kerajaan Negeri menyediakan bantuan untuk rawatan kesihatan bagi mereka yang memerlulan. Bantuan ini meliputi rawatan dialisis buah pinggang, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu dan alat perubatan di hospital kerajaan.

Alhamdulillah, inisiatif yang dipanggil Bantuan Sihat Selangor (BSS) telah membantu ramai rakyat. Tahun ini juga tidak terkecuali. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta tahun ini agar setiap penerima BSS boleh mendapat bantuan kewangan sehingga RM5,000.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan program Selangor Saring untuk rakyat mendapatkan saringan kesihatan percuma. lni adalah bertepatan dengan perumpamaan, “Mencegah lebih baik dari merawat.”

Insya-Allah, Kerajaan Negeri bertekad memastikan kesihatan rakyat Selangor terjaga. Segala usaha dan inisiatif ini sangat penting agar kehidupan berkualiti tercapai sekaligus melonjakkan ekonomi.

#KitaSelangor

May be an image of 6 people, dais and text that says 'Berkualiti, erbela 2Julai202 202 jabtu pagi pagi-5. 5. Û SIHAT BANTUAN PEMBE ස BANTUAN SIHAT SELANGOR (BSS) MENAWARKAN PELBAGAI BANTUAN RAWATAN KESIHATAN www.selangorpenyayang.com #KitaSelangr'
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.