Bakat Anak Selangor Terserlah! 388 Pelajar Mara ke Peringkat Akhir Techlympics!
Majlis Perasmian Penutup Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Tengah: Selangor Cungkil Bakat Generasi Muda
Pada 26 September 2024, saya berpeluang hadir bersama-sama dalam Majlis Perasmian Penutup Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Tengah, sebuah program yang menjadi inisiatif penting oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Kerajaan Negeri Selangor. Program ini menjadi platform berharga dalam mencungkil dan memupuk bakat pelajar dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi.
Sebanyak 17 buah sekolah rendah dan 11 buah sekolah menengah mengambil bahagian dalam Techlympics 2024 Peringkat Zon Tengah, dan seramai 388 anak Selangor berjaya mara ke peringkat ini untuk bertanding bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para peserta atas kejayaan ini!
Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mencungkil bakat pelajar dalam pembangunan sains, teknologi, dan inovasi, selaras dengan fokus Rancangan Selangor Pertama (RS-1) melalui inisiatif Program Pembangunan Kemahiran STEM atau subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik. Program ini merupakan antara langkah proaktif untuk memastikan anak-anak muda Selangor tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi masa kini.
Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus komited dan bersedia menyokong segala usaha pembudayaan sains, teknologi, dan inovasi di kalangan pelajar dan belia di Selangor. Bersama, kita akan melahirkan generasi yang berdaya saing, inovatif, dan berwawasan untuk masa depan yang lebih gemilang.
#AmirudinShari
#MOSTI
#DatoMenteriBesarSelangor
#KitaSelangor