Suara

Peristiwa
15/6/20
Isu
Bantuan
Selangor

Ayuh Derma Darah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

14hb Jun merupakan Hari Derma Darah Sedunia anjuran World Health Organization (WHO) sebagai satu cara meningkatkan kesedaran tentang kepentingan derma darah dan juga penghargaan kepada para penderma. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), negara kekurangan 40 peratus darah. Bekalan darah merupakan sumber sangat penting untuk membantu pesakit genting dan juga menjalankan pembedahan yang kompleks.

Datanglah menderma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang merupakan pusat kutipan darah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Selangor atau kunjungi mana-mana program pendermaan darah anjuran Pusat Darah Negara di seluruh Selangor.

#SelangorMajuBersama

#SelangorGempurCOVID19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.