Media

Peristiwa
11/9/23
Negara

Astro Awani: Tumpuan pembentangan kajian separuh penggal RMK ke-12


KUALA LUMPUR: Hari ini Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan tertumpu kepada pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Mengikut aturan urusan mesyuarat, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengemukakan usul khas bagi kelulusan kajian itu bagi tempoh 2023-2025.

Antara lain, Persidangan Khas Dewan Rakyat ini amat penting bagi negara kerana kajian itu bakal memeta hala tuju negara dalam usaha mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global dan kedudukan kewangan kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama bagi tempoh 2021-2022 RMK12.

Pada mesyuarat ini, Ahli Parlimen wajar menunjukkan solidariti menyokong usul khas Perdana Menteri walaupun berbeza parti dan ideologi perjuangan kerana matlamat utama perlu difikirkan adalah bagaimana untuk memastikan RMK-12 dapat dijayakan dengan berkesan demi mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara.

Sesi hari ini adalah sidang Dewan Rakyat bagi penggal kedua, Parlimen ke-15 yang akan berlangsung 6 hari sehingga Selasa.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.